*kuL!TbawaNg*

Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin. Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba.. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu.

platoniclovetalking:

(Source: airbatucampur)

Via lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^

Tuhan, tingkatkan taqwaku, perkuat imanku, istiqomahkan ibadahku, berkahi rezekiku, ampuni segala dosaku, husnul khatimahkan akhir hidupku.

::ajrkn ak erti cukup dgn nikmatMu yg sedikit dan jdkn ak brsyukur dgn nikmatMu yg banyak..amin.::

– (via annisaadejanira) Via Tumblr speaks for me ;

yang terbaik untuk kita, tak semestinya Allah izinkan untuk memilikinya. DIA lebih tahu apa yang lebih baik. jadi senyumlah, dan teruskan melangkah! :)

::belajar untuk redha dgn setiap apa yg telah Allah tetapkn :) ::

– (via sederhanaindah) Via Sederhana Indah

mungkin aku tak pernah akan membuatmu bahagia. tapi untuk membuatmu tersenyum menghadapi hari-hari mendatang adalah caraku untuk membantumu bertemu bahagia. dan moga dengan senyuman itu, kau akan temui orang yang menyayangimu lebih daripada apa yang bisa aku beri :)

*tersenyumlah walau kehilangan orang yang tersayang kerana akhirnya kau akan sedar Tuhan mencintaimu lebih dari apa yang kau perlu*

– (via sederhanaindah) Via Sederhana Indah

mana janjimu pada diri?
bahawa kau tak akan menangis lagi?

mana janjimu pada hati?
bahawa kau tak akan menyesali dan mengingatinya lagi?

begitu payah,
kau ukir sebuah janji pada hatimu sendiri,
begitu payah,
kau bina tembok memagari rasa yang mencemari hati.

mana janjimu,
bahawa kau akan rela dan redha?

mana pergi sebuah keyakinan,
bahawa ketentuan DIA itu lebih baik dan sentiasa baik,
melebihi apa yang kau mohon,
apa yang kau pinta,
apatah lagi sekadar apa yang kau rasa?

mana pergi sebuah janji,
yang kau bina lewat sepi dalam hari-harimu?

mana pergi sebuah kepercayaan,
bahawa jodoh dan pertemuan adalah suatu ketetapan,
yang tidak akan ada kesilapan?


mana pergi sebuah janji,
bahawa kau akan berbahagia,
dengan semua aturan Ilahi?

mana pergi harapan,
untuk melihat dia berbahagia, dan engkau pun redha?

mana pergi janji,
bahawa air matamu malam itu,
adalah yang terakhir,
bahawa rindumu malam itu ada yang penamat?

mana pergi janji,
bahawa untuk melihat dia bahagia,
kau pun akan berbahagia?

– (via tersenyum-melihat-langit) Via lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^

Siapa bersangka baik kepada Allah,
dia tidak akan pernah rugi.


Kalau sekarang kamu sedang memperbaiki diri, insya Allah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, dia juga sedang menjaga hati.

– (via kuntawiaji)

(Source: merlinjovany)

Via lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^

MELUPAKAN dan MEMAAFKAN adalah dua perkara yang berbeza


Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

nukilan dua hamba Tuhan :)

» agreed

(via mardhatillahseeker)

T_T exactly. 

(via tersenyum-melihat-langit)

(Source: islahnafsi)

Via lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^

bila kawan mengadu..

“aku baru putus cinta”

dengan selamba aku jawab..

takpe redha je.. nanti ALLAH gantikan yang lebih baik..

tapi sahabat andai kau tahu bagaimana rupa hatiku..
pasti kau jua akan menangis..
aku faham rasa hati kau..
aku kenal benar rasa itu..

tapi aku selamba nasihatkan kau..

sebenarnya mudah aku tuturkan kata minta kau redha..
tapi hakikatnya aku sendiri masih meratapi..

redha itu bukan satu sifat yang semudah tutur bicara berkata
tapi kita bukan degil tak nak terima hakikat takdir
tapi beberapa kali kita didik hati kita redha..tapi kadang dia degil
betul tak?
akhirnya.. kita biar buat-buat tak faham..

air mata bergenang.. tanda hati dah tak daya menahan..
bibir boleh kata apa?
diam sahaja..
langkah dan tindakan boleh buat apa?
hanya duduk terjelepok
pergi satu sudut sisi nangis puas2..
rawat luka sendiri..

(via haneylikestars)

Via Tumblr speaks for me ;
14
To Tumblr, Love PixelUnion

We're updating Fluid!

Soon, we'll be updating the look and feel of this theme. Read about the changes here. You can easily turn off this notification in the theme customization panel.

Close